LTVP Malaysia : Part 1

 Hi korang,

 Korang okay ke atau dah pening baca post ltvp SG side tu? hahahahha Singapore punya takde masalah sangat sebab sistem dia sangat sistematik berbanding sistem kat negara kita. 

Bukan nak kata apa tapi setiap negeri keperluan dokumen dia lain-lain. Imigresen semenanjung Malaysia dengan imigresen Sabah/Sarawak lain. Johor dengan Melaka pun lain. Kalau nak senang, korang walk in ke pejabat imigresen tempat korang akan tinggal dengan pasangan tu. Contoh kalau nak duduk kat JB then pergi pejabat imigresen Setia Tropika tu.


So kat bawah ni contoh dokumen yang imigresen mintak.

Ini list dokumen untuk permohonan LTVP di JB.

List ni aku dapat dari penulis awam dekat Annie Management. Kedai kat corner lot sebelum masuk KDN tu. Diaorg boleh tolong siapkan dokumen dan korang tinggal bayar je. 

Proses untuk permohonan LTVP :

1. Ambil masa 2 bulan. Serahan dokumen tiada bayaran apa-apa.
2. Lepas lulus akan ada bayaran deposit. Yang ni akan ikut warganegara pasangan. Boleh tengok sini.
3. Biasanya untuk kali pertama imigresen akan bagi untuk 6 bulan = RM 90, lepas tu 1 tahun = RM 90, 2 tahun = RM 180, dan seterusnya sampai la 5 tahun. 

Biasanya lepas 5 tahun tu boleh mohon untuk jadi permanent resident (PR). Step permohonan ni, penulis awam tu yang bagitahu aku haritu. Masa post ni keluar, aku masih lagi tunggu tarikh appointment serahan dokumen lepas krismas nanti. 

Dah la nak buat appointment tu sebulan awal huhuhuhu Kalau misal kata ada anak, anak pun kena bawak masa permohonan LTVP ni tau. Siapa yang duduk JB tu tahu la sesaknya kompleks KDN kat setia tropika tu. Silap hari bulan boleh mengamuk la rasanya 

Satu yang aku agak ralat ialah masa proses daftar nikah haritu, staf pejabat agama sambil lewa siapkan dokumen aku. Jadi dapat lambat sijil daftar nikah tu. Kalau dapat awal, dah boleh mohon saing ltvp Singapore dah.

So itu je la. So far ni aku cerita berdasarkan apa yang penulis awam tu bagitahu la. Nanti dah submit dokumen, aku bagitahu lagi ok?


See you laterrrrr!!! Bye👋

p/s : Untuk JB, takde cooling period 6 bulan tau. Cooling period tu apa? Tempoh waktu yang dibenarkan untuk korang mohon LTVP. Dulu ada tapi sekarang setakat waktu post ni keluar, masih takde lagi cooling period tu. Good luck!!!



Part 2 : https://anisnnaziera.blogspot.com/2022/12/ltvp-m-part-2.html

Comments

Popular posts from this blog

Prosedur Nikah di Singapore bagi warganegara Malaysia ( as at June 2022 )

LTVP Malaysia : Part 2

PART 1 : PMLA & LTVP Singapore