Prosedur Nikah di Singapore bagi warganegara Malaysia ( as at June 2022 )
Hai & Assalamualaikum semua,
Blog ni tercipta sebab ramai yang tanya prosedur bernikah dengan warganegara Singapura. Aku kenal suami dekat FB dating masa tahun 2019. Waktu tu fb baru ada dating apps. Jadi kita saja la try luck hahahahh. So fast forward setelah plan untuk bertunang dan bernikah tertangguh gara-gara covid, maka kami sepakat nak nikah pada June 2022.
Disebabkan covid, jadi info-info dekat google, fb pun tak banyak. Jadi bermula la proses turun naik pejabat. So dekat sini aku ceritakan proses dengan Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru (PAID JB) dan Registry of Muslim Marriage (ROMM).
So utk post kali ni kita cerita terus step by step.
Lelaki : Singapore
Perempuan : Malaysia, Johor Bahru.
Lokasi Nikah : Singapore
Side prempuan :
1. Pergi pejabat agama Johor Bahru Blok A. Dekat kaunter bagitahu nak buat pertanyaan untuk nikah luar negara. Pegawai akan suruh naiktingkat 2 - Bahagian Undang-Undang Syariah.
2. Dekat tingkat 2, mereka akan bagi senarai borang mereka perlu. Borang nikah boleh dapat dekat website SPPIM.
3. Dalam senarai yg pejabat agama JB minta akan ada borang akuan bujang lelaki (ROMM panggil search and marriage record) serta surat pengesahan pernikahan di Singapura.
i. Untuk dapatkan borang putih, kena register ROMM dulu, baru ROMM akan bagi borang putih tu. (register ROMM ni pihak lelaki yg kena buat)
ii. Pihak lelaki boleh dapatkan 2 borang tu secara online sahaja dan dihantar ke rumah. Hantar original hard copy & photocopy bersama borang perempuan.
![]() |
Contoh borang hijau |
![]() |
Contoh borang putih |
4. Sementara menunggu borang hijau & putih, siapkan semua dokumen dari SPPIM - hiv test, akuan bujang dan lain-lain.
i. HIV test kena buat appointment dulu dekat sini HIV Test.
5. Hantar semua dokumen yg lengkap ke PAID JB blok A semula. Dah lulus baru pejabat akan bagi borang kebenaran nikah mcm contoh kat bawah ni :
![]() |
Borang kebenaran nikah luar negara |
6. Dah dapat borang kebenaran nikah ni, pejabat agama JB akan bagi 1 set borang untuk dibawa ke ROMM untuk proses VDSD. Proses nak dapatkan borang kebenaran ni 1 hari je tapi kalau dokumen ada yang tak lengkap, kena lengkapkan dulu baru hantar semula.
Sekarang kita cerita side lelaki pulak.
1. Register ROMM & pilih tarikh nikah, pilih kadi dan finalize tempat nikah.
2. Pastikan semua maklumat tepat sebelum hantar. Sebarang perubahan lepas hantar, nak ubah maklumat akan kena charge $15/info.
3. Alert dengan email tarikh sesi face-to-face dan tarikh VDSD.
4. Untuk sesi face-to-face ni adalah sesi pasangan dengan kadi yang dipilih. Dalam sesi ni ustaz akan tanya mcm mana kenal pasangan, mcm mana handle stress, perancangan anak, hala tuju keluarga & banyak la lagi. Sesi ni juga sebenarnya nak tengok pasangan ni memang betul kenal atau pun tak. Ustaz Umar cerita ada pasangan yang tak sampai sejam dah siap walhal kitaorg punya sesi dekat 1 jam setengah 😂 Masa aku sesi ni buat via zoom je sbb masa tu belum boleh masuk Singapore lagi.
5. Untuk sesi VDSD ni pulak pasangan perempuan yang Malaysian ni kena datang dengan wali untuk sesi pengesahan dokumen oleh pihak ROMM. Kalau wali tak boleh hadir masa nikah, kena buat wakalah wali dekat step side perempuan tu. VDSD buat 2 minggu sebelum tarikh nikah.
So faham ke faham? Sebab nak sambung lagi ni hahahha. So sekarang nak cerita pulak soalan popular yang selalu orang tanya :
Soalan 1 : Pihak lelaki tak payah buat HIV test ke untuk nikah?
Jawapan : Untuk nikah tak perlu. Tapi untuk daftar nikah di PAID JB selepas nikah perlu HIV test. Macam aku, hiv test suami aku buatkan lepas nikah jadi aku boleh teman. Bayaran hiv test untuk bukan warganegara = RM 90.
Soalan 2 : Kenapa memilih untuk nikah di Singapore bukan kat Malaysia?
Jawapan: Sebab undang-undang syariah di Malaysia tidak membela wanita. (Ye tahu jawapan ni akan menimbulkan kecaman tapi itulah realiti di Malaysia tanah airku...😔 )
Soalan 3 : Rumitnya prosedur nikah
Jawapan : Sebab Malaysia tak nak wanita Malaysia dipergunakan. Sebab tu urusan nikah susah, tapi lagi susah untuk bercerai sebab undang-undang syariah di Malaysia tidak membela wanita. Sebenarnya tidaklah susah sangat sebab kalau susah takde dah orang nikah hahhahah
Soalan 4 : Boleh saya nikah kat Malaysia?
Jawapan : Boleh, tiada masalah. Boleh join group fb Malaysia - Singapore Spouse Group. untuk tanya.
Soalan 5 : Anak nanti warganegara apa?
Jawapan : Malaysia & Singapura ada perlembagaan khas yg membenarkan kanak-kanak memegang 2 kewarganegaraan sehingga berumur 18 thn. Selepas umur itu mereka perlu memilih salah satu kewarganegaraan.
Soalan 6 : Kena daftar nikah di Malaysia ke lepas nikah?
Jawapan : Ye betul. Kena daftar nikah (isbath) di PAID JB dalam masa 6 bulan dari tarikh nikah. Untuk proses daftar nikah ni di Pejabat Kadi Blok B, Tingkat 2. Buat temujanji di sini. Mereka akan bagi borang dan bawa dokumen yang diminta. Sila semak daftar nikah selepas terima. Pihak perempuan akan terima 1 salinan sahaja berwarna hijau.
Soalan 7 : Berapa bayaran dikenakan untuk proses di atas?
Jawapan :
i. Untuk permohonan kebenaran nikah luar negara = RM 15
ii. Untuk permohonan daftar nikah = RM 10
Soalan 8 : Pasangan yang bukan warganegara kena pergi kursus kahwin tak?
Jawapan : Untuk nikah tak perlu. Untuk daftar nikah perlu. Tapi pergi je sama-sama. Sekarang kursus nikah dah kena pergi kelas face-to-face.
Shortcut :
LTVP Singapore :
1. https://anisnnaziera.blogspot.com/2022/12/pmla-ltvp-singapore.html
2. https://anisnnaziera.blogspot.com/2022/12/part-2-ltvp-singapore.html
LTVP Malaysia :
1. https://anisnnaziera.blogspot.com/2022/12/ltvp-malaysia.html
2. https://anisnnaziera.blogspot.com/2022/12/ltvp-m-part-2.html
Comments
Post a Comment