PART 2 : LTVP Singapore

 Hi korang,

So finally my ltvp card is hereeeeeeeeeeeeee hehehehe Tapi ada 1 benda yang jadi smlm. Masa ambik kad tu ICA suruh bawak approval notice, passport and ic sponsor. Lain takde tau. Pastu tahu-tahu depan kaunter officer tu mintak gambar pasport 😂

Pastu aku pun pandang la husband kat tepi mintak simpati. Sekali member keluarkan gambar passport aku like a hero ea hahahhahah Sebenarnya memang ada bagi dia 1 gambar passport dulu. Pastu husb letak dalam wallet. Ahahhahahahah ada fuction gak bagi dia satu 😆

So korang mesti tertanya-tanya berapa tahun ICA kasi untuk ltvp tu. So yeap ICA bagi setahun dan boleh straight away apply untuk PR officer tu kata. 

Alhamdulilah selesai dah urusan ltvp Singapore. Genap 3 bulan dari tarikh mohon tu sampai la smlm 20/12/2022 dapat kad. Setakat ni itu je la untuk proses permohonan ltvp Singapore. 

Ohh ye untuk ltvp ni ada 2 jenis tau. 

1. LTVP issued by ICA (Immigration & Checkpoint Authority )

2. LTVP issued by MOM ( Ministry of Manpower )

Macam aku punya ni yang nombor 1 sbb spouse for Singapore Citizen. So harapnya apa yang aku share ni membantu korang incase korang berada dalam situasi yang sama macam aku.

Ingat kena sabar, jangan marah-marah.

Next week nak submit untuk Malaysia pulak. Hopefully takde la birokrasi. 

Thanks for reading and bye-bye!!!!!💚

p/s : 


Mcm ni la rupa kad ltvp tu. 

Takde pasang sticker apa-apa pun dekat passport.







Comments

  1. Salam . So husband jus provide 3 bulan payslip jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, untuk permohonan LTVP Singapore, husb kena provide 3 month payslip, confirmation letter from employer & statement from cpf.

      Delete
  2. salam sy bakal bernikah dgn warga SG cuma boleh ke sy dapat ltvp atau pr jika suami bergaji kecil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf lambat reply. Boleh cuba mohon LTVP. Cuma untuk PR nanti mungkin lambat lulus. Kalau ikutkan lepas mohon LTVP boleh terus mohon PR. Bergantung kepada perancangan tuan/puan berdua.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prosedur Nikah di Singapore bagi warganegara Malaysia ( as at June 2022 )

LTVP Malaysia : Part 2

PART 1 : PMLA & LTVP Singapore