PMLA vs Work Pass

Hi korang, 

Selamat tahun baru 2023. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. 


Thank you kepada yang sudi baca semua post pasal LTVP tu. Sorry sangat kalau lambat reply komen. Kalau mana yang tanya soalan kat fb group Malaysia - Singapore Border Crossers / Malaysia - Singapore Spouse / Foreign Spouse of Malaysia / Love is Not Tourism tu biasanya aku akan terus jawab la. Cuma yang tanya kat blog ni je kadang tak perasan. 

Okay jadi haritu ada seorang kawan ni dia share yang dia tak mohon PMLA before dia nikah. Lepas tu nanti baru aku cerita pasal PMLA, work pass & LTVP. 

1

2

So ni la sebabnya aku suruh mohon PMLA dulu sebelum nikah. Paling koman pun 2 bulan sebelum nikah la. Macam aku mohon PMLA bulan 12/2021, nikah 06/2022. So membazir masa 5 bulan kat situ hahahhahah 

So korang mohon awal. Lulus pun dalam 3 hari ke seminggu la paling lama pun dan free je. Sebab PMLA ni yang akan memudahkan urusan LTVP korang nanti. 

Haritu ada orang tanya, kalau dia nak mohon kerja ( work pass ) dan dalam masa yang sama dia nak kerja SG jugak nak kumpul duit kawin. Kalau pada aku solusi dia macam ni :

1. Cari kerja dulu, nanti dah dapat kerja semua akan dapat work pass. 

2. 3 bulan sebelum nikah, buat permohonan dengan MOM yang menyatakan awak nak nikah dengan Singaporean. 

3. Kenapa 3 bulan sebab kelulusan tak pasti ambil masa berapa lama. kalau aku suruh buat sebulan sebelum nanti kalau lambat lulus, nangis korang huhuh. So mohon awal takpe. kalau lulus dalam masa 3 bulan ni, baki tempoh masa tu adalah masa untuk korang siapkan segala borang nikah. 

4. Sekiranya korang adalah lelaki Malaysia yang ada work pass nak nikah dengan perempuan Singapore, korang kena buat step no 2 tu jugak tau. 


Ada yang kata kalau dah ada work pass nanti susah nak nikah dengan orang Singapore. 

Dia bukan susah cuma urusan awak akan jadi panjang sikit berbanding orang lain. Kalau susah sangat urusan tu mesti takde langsung orang kawin 😅

Bila kita dah buat keputusan nak nikah dengan orang Singapore, kita kena faham yang 5 tahun pertama tu masa kita akan banyak berurusan dengan imigresen Malaysia dan Singapore. Kena sabar sabar sabar dan sabar. Walaupun aku sendiri pun kadang memang tak sabar hahahha

Tu situasi kalau korang bekerja di Singapore atau nak kerja di Singapore sebelum kawin. Macam mana kalau yang kerja kat Malaysia? Okay step nak nikah dia sama macam step aku kat sini.

 Kalau ada sesiapa yang nak kongsi info lain boleh la share kat komen atau pm kat fb. Jadi boleh la kongsi kat sini untuk orang lain. Itu belum lagi cerita kalau pregnant nak bersalin kat mana, citizenship anak macam mana dan lain-lain.


Yang pasti sebagai international couple kita akan banyak berkawan dengan imigresen, jabatan pendaftaran negara, kedutaan Singapura, kedutaan Malaysia, pesuruhjaya sumpah dan LHDN. Kalau proses kat Singapore mudah, kat Malaysia pulak banyak birokrasi. 

2 tahun yang kitaorang terpisah sebab covid tu, entah berapa kali bukak website ICA, tanya kat group macam-macam. Kalau siapa yang aktif kat group-group tu mesti kenal aku ahahaa

So tu je la untuk post kali ni. Nanti kalau ada yang share lagi aku post lagi ok? 

Semoga bermanfaat & byeeeeeeeeeeeeeeeeee


Comments

Popular posts from this blog

Prosedur Nikah di Singapore bagi warganegara Malaysia ( as at June 2022 )

LTVP Malaysia : Part 2

PART 1 : PMLA & LTVP Singapore