Posts

PMLA vs Work Pass

Image
Hi korang,  Selamat tahun baru 2023. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.  Thank you kepada yang sudi baca semua post pasal LTVP tu. Sorry sangat kalau lambat reply komen. Kalau mana yang tanya soalan kat fb group Malaysia - Singapore Border Crossers / Malaysia - Singapore Spouse / Foreign Spouse of Malaysia / Love is Not Tourism tu biasanya aku akan terus jawab la. Cuma yang tanya kat blog ni je kadang tak perasan.  Okay jadi haritu ada seorang kawan ni dia share yang dia tak mohon PMLA before dia nikah. Lepas tu nanti baru aku cerita pasal PMLA, work pass & LTVP.  1 2 So ni la sebabnya aku suruh mohon PMLA dulu sebelum nikah. Paling koman pun 2 bulan sebelum nikah la. Macam aku mohon PMLA bulan 12/2021, nikah 06/2022. So membazir masa 5 bulan kat situ hahahhahah  So korang mohon awal. Lulus pun dalam 3 hari ke seminggu la paling lama pun dan free je. Sebab PMLA ni yang akan memudahkan urusan LTVP korang nanti.  Haritu ada orang tanya, kalau dia nak mohon kerja ( work

LTVP Malaysia : Part 2

Image
Hi everyoneeeeee So last monday, aku dengan husband pergi la submit dokumen LTVP husband. So ceritanya macam mana? haa korang baca kat gambar bawah ni tauu 1 2 3 4 5 Pulak tu kita orang ke sana sini tu naik moto je. Senang sebab kat Setia Tropika tu susah nak parking kereta.  Husband pulak sepanjang hari tu cool je, aku la yang kurang sabar hahahahha  Tapi aku ada 1 kemusykilan. Penulis awam depan KDN tu kata kalau kita perempuan Malaysia nikah dengan bukan warganegara, ada cooling period 6 bulan tapi ikut penulis awam sorang lagi dia kata tak ada. Tapi sebab aku nikah bulan 6 so dah cukup la 6 bulan kalau ada cooling period pun. Jadi sekarang waiting time pun bermula. Lepas 2 bulan kalau lulus dapat la LTVP 6 bulan. Itu Malaysia punya peraturan. Nak buat macam mana semua negara pun sama. Takde terkecuali walaupun husband Singaporean yang ulang - alik hari-hari. Thanks korang sudi baca sampai sini. Untuk kawan-kawan biasanya aku akan update everything dekat ig story dulu, baru update k

PART 2 : LTVP Singapore

Image
 Hi korang, So finally my ltvp card is hereeeeeeeeeeeeee hehehehe Tapi ada 1 benda yang jadi smlm. Masa ambik kad tu ICA suruh bawak approval notice, passport and ic sponsor. Lain takde tau. Pastu tahu-tahu depan kaunter officer tu mintak gambar pasport 😂 Pastu aku pun pandang la husband kat tepi mintak simpati. Sekali member keluarkan gambar passport aku like a hero ea hahahhahah Sebenarnya memang ada bagi dia 1 gambar passport dulu. Pastu husb letak dalam wallet. Ahahhahahahah ada fuction gak bagi dia satu 😆 So korang mesti tertanya-tanya berapa tahun ICA kasi untuk ltvp tu. So yeap ICA bagi setahun dan boleh straight away apply untuk PR officer tu kata.  Alhamdulilah selesai dah urusan ltvp Singapore. Genap 3 bulan dari tarikh mohon tu sampai la smlm 20/12/2022 dapat kad. Setakat ni itu je la untuk proses permohonan ltvp Singapore.  Ohh ye untuk ltvp ni ada 2 jenis tau.  1. LTVP issued by ICA (Immigration & Checkpoint Authority ) 2. LTVP issued by MOM ( Ministry of Manpower )

Tanggungjawab

 Hi korang Assalamualaikum, Aku suka share info-info berkaitan nikah kawin ni semua sebab ada kawan-kawan yang sedang kenal dengan foreigner jugak. So blog ni mungkin akan jadi rujukan pada semua yang berkenaan.  Cakap pasal tanggungjawab ni, bila kita nikah dengan foreigner, kita tak boleh buat perangai asal boleh kita. Kita kena amik tahu hal imigresen dan undang-undang. Jangan fikir   "alaa tak payah la daftar nikah tu, leceh la. tak payah la mohon long term pass tu. Leceh nak turun naik"  Tolong la jadi pasangan yang bertanggungjawab. Kita sayang pasangan kita jadi buat sesuatu uantuk dia. Mohonkan long term pass. Lepas tu mohon PR pula. Follow je step yang ada satu persatu.  Ingat hanya kita yang faham sistem negara kita macam mana. Jangan sebab kita, esok anak-anak kita pulak jadi mangsa. Sementara baru-baru kawin, masih manis tu, uruskan sama-sama. Letih memang letih tak dinafikan, tapi letih sama-sama demi masa depan takpe kan? Kenapa aku cakap macam ni sebab ada kawa

LTVP Malaysia : Part 1

Image
 Hi korang,  Korang okay ke atau dah pening baca post ltvp SG side tu? hahahahha Singapore punya takde masalah sangat sebab sistem dia sangat sistematik berbanding sistem kat negara kita.  Bukan nak kata apa tapi setiap negeri keperluan dokumen dia lain-lain. Imigresen semenanjung Malaysia dengan imigresen Sabah/Sarawak lain. Johor dengan Melaka pun lain. Kalau nak senang, korang walk in ke pejabat imigresen tempat korang akan tinggal dengan pasangan tu. Contoh kalau nak duduk kat JB then pergi pejabat imigresen Setia Tropika tu. So kat bawah ni contoh dokumen yang imigresen mintak. Ini list dokumen untuk permohonan LTVP di JB. List ni aku dapat dari penulis awam dekat Annie Management. Kedai kat corner lot sebelum masuk KDN tu. Diaorg boleh tolong siapkan dokumen dan korang tinggal bayar je.  Proses untuk permohonan LTVP : 1. Ambil masa 2 bulan. Serahan dokumen tiada bayar

PART 1 : PMLA & LTVP Singapore

Image
Hi korang,  Okay jom sambung cerita pasal keperluan imigresen pula. Bila nikah dengan bukan warganegara ni, kita kena tahu prosedur kedua-dua negara dari segi visa pasangan, pas lawatan jangka panjang ( Long Term Visit Pass LTVP) dan pas kerja.   Sebagai pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pas yang perlu adalah long term visit pass atau LTVP. Sama ada di Malaysia atau Singapore, dua-dua kena ada LTVP sebagai syarat untuk tinggal lebih lama di kedua-dua negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita tak boleh selalu masuk ke Singapore dengan pas lawatan sosial atau social visit pass SVP setiap kali nak masuk Singapore walaupun suami kita orang Singapore.  Sama juga dengan warga Singapore. Diaorg tak boleh keluar masuk hari-hari guna sosial visit pass walaupun isteri orang Malaysia. Ibarat kita abuse the system la gitu. Dalam kes aku, pegawai imigresen Bangunan Sultan Iskandar, BSI tanya suami bila nak mohon LTVP. Kebetulan masa tu memang tengah tunggu tarikh appointment jadi kami b

Prosedur Nikah di Singapore bagi warganegara Malaysia ( as at June 2022 )

Image
 Hai & Assalamualaikum semua,       Blog ni tercipta sebab ramai yang tanya prosedur bernikah dengan warganegara Singapura. Aku kenal suami dekat FB dating masa tahun 2019. Waktu tu fb baru ada dating apps. Jadi kita saja la try luck hahahahh. So fast forward setelah plan untuk bertunang dan bernikah tertangguh gara-gara covid, maka kami sepakat nak nikah pada June 2022.      Disebabkan covid, jadi info-info dekat google, fb pun tak banyak. Jadi bermula la proses turun naik pejabat. So dekat sini aku ceritakan proses dengan Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru (PAID JB) dan Registry of Muslim Marriage (ROMM). So utk post kali ni kita cerita terus step by step.  Lelaki : Singapore Perempuan : Malaysia, Johor Bahru. Lokasi Nikah : Singapore Side prempuan :  1. Pergi pejabat agama Johor Bahru Blok A. Dekat kaunter bagitahu nak buat pertanyaan untuk nikah luar negara. Pegawai akan suruh naiktingkat 2 - Bahagian Undang-Undang Syariah.  2. Dekat tingkat 2, mereka akan bagi senarai bora